• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Friday, September 17, 2010

Warkah buat Syabab Islam

Posted by theapprentices on 8:17 AM 1 comment

bismillahirrahmanirrahim

Wahai anak muda!!! Adakah kalian masih terlena? Jangan bazirkan masa muda!!

Kita adalah syabab islam!!.

BANGKITLAH!!! Tegakkan agama Allah!!

Belum sedarkah kalian dari mimpi yang panjang?

Sayang,, mata kalian terbuka.. tapi masih terlena..

"Wahai fulan, macam mana engkau hendak bangkitkan islam, engkau bukanlah apa apa sangat" bisikan keji syaitan mula menular dalam hati

Wahai syabab, sumbangkanlah pada agama tuhanmu walaupun sedikit
sudah lupakah engkau kisah “burung pipit” yang membawa air dalam paruhnya demi memadam api yang marak menyala menyelubungi nabi Ibrahim

"Wahai sahabatku, mengapakah engkau bersusah payah mengambil air dalam paruhmu untuk memadam api yang marak itu sedangkan engkau pasti tidak mampu dengan keadaan dirimu yang kecil itu jika dibandingkan dengan api yang besar" tanya sahabat sang pipit.

"Wahai sahabatku, aku sedar aku tidak mampu memadamkan api yang marak itu. Namun, inilah sumbanganku pada nabi Allah. Sekurang kurangnya, aku ada modal bila ditanya tuhanku nanti"

Wahai syabab muslimin yang mempunyai badan dan jiwa yang kental, tidak malukah kalian pada burung pipit.

Adakah kalian ingin menjadi seperti “cicak”, yang sering membuat onar dalam agama Allah.
Cicaklah yang membantu kaum musyrikin ketika nabi kesayangan kita bersembunyi didalam gua Thur
dan cicaklah jua yang sering mengotorkan masjid masjid

Pilihan ditangan kalian.. sang Pipit atau sang cicak??
Analogi yang mudah bagi orang yang berfikir

jadilah pemuda al kahfi yang diceritakan dalam Al quran

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".

(al Kahfi;13-14)

Yakinlah, siapa yang menegakkan agama Allah, Allah pasti memberi kemenangan kepadanya
Suka saya cerita sebuah kisah seorang pemuda yang hatinya bersungguh dalam menegakkan agama Allah..



Kisah ini berlaku pada 4/5/2010,
Dikisahkan,seorang pemuda yang bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi,berumur 21 tahun, pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Mayat arwah dibawa pulang ke rumahnya di Sabak Bernam.

Sebaik sahaja kain kapan di buka kelihatan wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah).
Antaranya dahi berpeluh.Menurut saudara rapatnya, ketika dia cuba mengusap dahi dan muka arwah memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika dia cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah,dia terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Dia menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Demikianlah kisah seorang pemuda yang bersungguh sungguh berkerja di jalan Allah

Ingatlah!! JANJI ALLAH ITU BENAR!!

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”.
(At- Taubah:111)
Dikatakan oleh Zuhair ibn Abi Salma dalam muallaqatnya,
"Lidah seorang pemuda itu setengah harga dirinya. Dan setengah lagi adalah hatinya. Jika tidak ada kedua dua padanya, maka tiada lain hanya segumpal darah dan daging"


Nabi telah bersabda;
"Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda pemuda yang tiada baginya kerosakan moral"
(Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la)


Sedarlah wahai syabab syabab muslimin (termasuk diri penulis khususnya),
Dimanakah kita??


Kalian belum terlambat...
Masih ada peluang untuk kalian untuk menyumbang dalam agama Allah


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan"


(Al Maidah; 35)

TAHNIAH!! Kepada sahabat sahabat yang telah menyahut seruan dengan menyertai………

"The APPRENTICE"
Program yang menyediakan wadah untuk kalian berdakwah
usah difikirkan diri yang kerdil yang tidak cukup ilmu
sampai bila pun tak akan cukup ilmu
kerna ilmu Allah itu terlalu luas
fikirkan sumbangan kita pada islam.

1 comments:

Salam.
Terima kasih atas doa dan komentar tuan atas anak saya. Mohon seikhlasnya pahala bacaan Al-fatihah. Jika ada manfaatnya tuan boleh membaca beberapa perkara hal2 arwah pada saat akhir kehidupannya dalam blog saya (label: kata-kata hati)

Post a Comment

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments