LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Friday, November 26, 2010

1. KUAT TUBUH BADAN

6:10 AM



Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. ”. HR. Muslim



Islam itu sempurna.
Turutilah setiap ajarannya andai anda seorang yang meuju kesempurnaan.
MUSLIM YANG KUAT 
Dalam 10 Muwasofat Muslim nukilan Imam Hassan al-Banna, kuat tubuh badan merupakan hal pertama yang diletakan oleh beliau.
ditambah dengan hadis yang dinyatakan di awal tadi, tak perlu lagi berdalih, bahawa mempunyai tubuh badan yang sihat amat penting bagi setiap individu, teruatamanya kita, DAI'E PROFESIONAL (insya allah) ini, yang memikul tanggungjawab dakwah yang besar yang menuntut kerahan tenaga rohani dan jasmani.


SUNNAH
Sedangkan Rasulullah sendiri meninggalkan kita contoh dalam kita membina tubuh badan yang sihat.
كلُّ شيء ليس من ذكر الله فهو لغو ولهو إلا أربع خصال : مشي الرجل بين الغرضين ، وتأديبه فرسه ، وملاعبته أهله ، وتعليم السباحة
“Setiap sesuatu yang bukan zikrullah adalah tidak bermakna dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang melatih kudanya. (3) Bergurau senda seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Rekreasi di luar dan di dalam rumah diangkat oleh Islam menjadi urusan agama. Biar pun tabiat empat perkara itu jauh daripada bayangan manusia tentang apa yang dinamakan sebagai zikrullah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan penegasan bahawa aktiviti-aktiviti itu bukan sia-sia. Ada nilai yang penting di sisi Islam, ada manfaat yang besar kepada umat. Malah kemahiran-kemahiran yang terhasil daripada aktiviti berkenaan menjadi aset yang mesti dipelihara sebagai satu amanah.

TIADA MASA
Sibukkah kita berbanding Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Baginda yang sibuk itu, dalam ketiadaan masa, mengadakannya.
Lumba lari Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam bersama Aisyah radhiyallaahu ‘anha adalah contoh rekreasi yang dibuat semasa sibuk. Baginda dan Aisyah yang bersama di dalam sebuah misi menyuruh para sahabat bergerak dahulu dan membiarkan mereka berdua di belakang. Semasa itulah mereka berdua berprogram!


PENUTUP
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentu berasa sedih jika umatnya dilihat ramai memenuhi klinik Endokrin dan Kardiologi di hospital. Justeru marilah kita bersama-sama berusaha hidup seimbang dan menjadi mukmin yang dikasihi Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Insya allah, sambil berjalan-jalan ke kuliah, sama-sama kita niatkan sebagai usaha kita ke arah tubuh badan yang sihat. Moga ia dikira sebagai ibadah!



Friday, November 19, 2010

Menelusuri sejarah

10:24 PM

gambar hiasan

Kisah Zainab binti Muhammad adalah contoh terbaik dalam memperkatakan kesetiaan seorang isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman. Zainab merupakan puteri sulung Muhammad bin Abdullah dan Khadijah binti Khuwailid, yang dilahirkan selepas dua tahun perkahwinan ibu bapanya. Ketika itu Muhammad berusia 27 tahun, sementara Khadijah 42 tahun.

Kelahiran Zainab memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ibu bapanya walaupun masyarakat jahiliah ketika itu tidak menyukai anak perempuan. Zainab menjadi remaja yang tertib hasil didikan orang tuanya. Dia dikagumi kerana cekal menguruskan adik-adiknya disebabkan usia Khadijah ketika itu agak lanjut. Ketika tiba usia perkahwinan, ibu saudaranya, Halah binti Khuwailid, telah melamar gadis itu untuk puteranya, Abu al-'Ash bin Rabi'. Perkahwinan Zainab dilangsungkan meriah dan ibunya memberikan seutas kalung sebagai hadiah perkahwinan. Pasangan ini dianggap ideal dan mereka hidup aman bahagia.

Ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasulullah. Zainab antara orang yang terawal mengikut jejak langkah bapanya menerima Islam. Bagaimanapun Abu al'Ash enggan memeluk Islam dengan pelbagai alasan. Sebagai isteri, Zainab tidak dapat berbuat apa-apa tetapi dia masih tinggal serumah dengan suaminya. Lagipun ketika itu belum ada wahyu yang melarang suami isteri yang tidak seagama tinggal serumah. Ketika bapanya berhijrah ke Madinah, Zainab tidak turut serta kerana masih setia kepada suaminya.

Perang Badar meletus pada tahun ke-2 Hijrah /624 Masihi. Kaum musyrikin kalah teruk dalam pertempuran itu dan ramai yang menjadi tawanan di Madinah. Salah seorangnya adalah Abu al-'Ash, suami Zainab, menantu Rasulullah. Ketika mendengar suaminya menjadi tawanan bapanya di Madinah, Zainab telah mengirimkan kalung hadiah ibunya sebagai bayaran tebusan suaminya. Menitis air mata Rasulullah kerana baginda mengenali pemilik kalung itu dan memahami cinta Zainab terhadap suaminya.

Kaum muslimin bersetuju memulangkan kalung itu kepada Zainab dan membebaskan Abu al-'Ash. Kepulangan suaminya disambut gembira. Bagaimanapun dia amat terkejut apabila Abu al-'Ash menceraikannya. Abu al-'Ash memberitahu perceraian itu atas arahan Rasulullah berikutan turun wahyu yang melarang suami isteri tinggal bersama selepas salah seorangnya memeluk Islam. Kerana itu Abu al-'Ash mesti menceraikan Zainab dan memulangkan isterinya kepada bapanya di Madinah.

Kedua-dua suami isteri ini tidak dapat menahan kesedihan masing-masing apatah lagi kerana Zainab sedang hamil empat bulan. Abu al-'Ash tidak tergamak untuk mengiringi Zainab keluar Mekah, lantas mengamanahkan adiknya Kinanah menghantar Zainab ke sana. Dia berpesan supaya melindungi Zainab dan mempertahankan wanita itu dengan nyawa. Sementara di luar kota Mekah, Zaid bin Harisah dan seorang lelaki Ansar menjadi wakil Rasulullah untuk membawa puteri baginda ke Madinah.

Kaum kafir Quraisy mendapat tahu mengenai keberangkatan itu. Mereka keluar mencari Zainab dan bertembung dengannya di Dzi Thuwa. Untanya ditombak menyebabkan Zainab terjatuh dan mengalami keguguran. Abu Sufyan yang turut serta dalam kumpulan lelaki Quraisy itu memberitahu Kinanah bahawa tindakannya membawa Zainab keluar pada waktu siang adalah tidak tepat kerana ia akan menambahkan lagi malu mereka selepas kekalahan Perang Badar. Zainab pun dibawa balik ke Mekah untuk dirawat dan diserahkan kepada wakil Rasulullah pada sebelah malam.

Kedatangan Zainab ke Madinah disambut penuh gembira oleh masyarakat Madinah. Bagaimanapun Zainah dan Abu al-'Ash masih merindui satu sama lain dan sentiasa berharap untuk bersama semula. Pada tahun ke-6H, Abu al-'Ash mengikut satu rombongan dagang ke Syam. Dalam perjalanan pulang, rombongan mereka ditahan orang Islam dan semua hasil dagangannya dirampas. Dia tidak berani pulang ke Mekah dengan tangan kosong kerana dia tahu ramai yang sedang menanti untuk mendapatkan wang masing-masing.

Abu al-'Ash teringat bekas isterinya dan cuba meminta pertolongan. Dia menyusup masuk ke Madinah pada waktu malam dan meminta Zainab melindungi serta mendapatkan hartanya yang dirampas. Kerana cinta, Zainab berikrar membantu Abu al-'Ash. Rasulullah mendapat tahu hal itu dan menasihatkan puterinya bahawa Abu al-'Ash haram baginya sebelum dia memeluk Islam.

Bagaimanapun baginda faham bahawa puterinya itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas suaminya dan pengorbanan besar Zainab terhadap Islam. Zainab akur dengan arahan bapanya dan menyerahkan Abu al-'Ash kepada orang Islam untuk dihukum. Abu al-'Ash ditanya kesediaannya untuk memeluk Islam tetapi katanya, dia perlu memulangkan hasil dagangan itu kepada rakyat Mekah terlebih dahulu supaya tidak digelar pengkhianat. Jika dia memeluk Islam dahulu, imej Islam pasti akan tercemar.
Harta itu dipulangkan kepada Abu al-'Ash. Dia kembali ke Mekah membahagikan hasilnya kepada rakyat dan dipuji kerana amanahnya. Selesai tugasnya, Abu al-'Ash mengumumkan pengislamannya dan berhijrah ke Madinah. Pasangan itu dikahwinkan semula mengikut syarak dan hidup bahagia. Kesan keguguran yang pernah dialami Zainab menyebabkan kesihatannya terganggu. Dia meninggal dunia 
ada tahun ke-8H, diikuti suaminya empat tahun kemudian. Sehingga kini Zainab dikenang sebagai seorang isteri yang setia, juga taat kepada Islam.

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments