LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Friday, April 29, 2011

Q&A

10:58 AM



1. Sc ni mende sebenarnye.(gapo namo ghima Sc nih)?
Sc dalam bahasa mudahnya adalah sebuah keluarga. Keluarga yang terdiri daripada abang/ kakak (mentor) dan adik2 (mentee) yang mengambil berat antara satu sama lain serta menjalankan pelbagai aktiviti kekeluargaan bersama-sama.
Pembetulan ye!! Sc bukan sesi kaunseling ataupon halaqah ceramah semata-mata bahkan lebih dari itu.

2. Sape plak mentor ni?
Mentor ni sebenarnya adalah abang/kakak dalam sebuah keluarga  yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki dan menambah nilai diri dan adik-beradik  serta menjadi tempat mengadu, perkongsian masalah, dan rujukan pendapat.
‘perumpamaan 2 orang yang bersaudara itu adalah perumpamaan kedua belah tangan, di mana yang satu membasuh yang lain’

3. Aktiviti ape yang boleh buat dalam Sc?
MAKAN, main bola, pertandingan PES,CS, MAKAN, solat hajat, jalan2&lawatan, melancong, kuiz& games, MAKAN, bedah buku, baca AlQuran, talaqi&dengar ceramah, MAKAN, membeli-belah, pertandingan memasak, STUDY GROUP, dengar sirah Nabi saw, kelas bahasa arab, perbincangan isu2 semasa, MAKAN, dllllll.

4. X Best la Sc ni. Sc saya sendiri pon tak jalan.
Sc sebenarnye adalah keluarga kita. Yang mengBestkan dan tidak mengeBestkan keluarga kita adalah diri sendiri. Setiap ahli bertanggungjawab kepada keluarganye, bukan mentor sahaja.

5. Sc saye dulu lame sangat la. Boleh ke buat Sc ringkas?
Tempoh untuk sesuatu sc dijalankan adalah tidak ditentukan. Seeloknya SC dijalankan seminggu sekali atau paling kurang 2minggu sekali. Perjumpaan x semestinya lama, setengah jam pon memadai jika agenda hanyalah untuk berjumpa bertanya khabar dan merapatkan ukhuwah.
Walaubagaimanapun, Sc yang berkesan serta membina ahli-ahli memerlukan masa yang lebih sedikit daripada itu. Dan ia adalah berdasarkan kebijaksaan mentor serta kesepakatan ahli.

6. Kalau saya joinla, ape yang Apprentice boleh bagi kat saye?
Apprentice akan menyediakan program-program bermatlamatkan membina keyakinan diri dan kemahiran bakal mentor serta membantu mereka sebelum dan selepas mereka dilantik menjadi mentor.

Jadi, jangan segan2, hantar borang segera.
Sebarang pertanyaan berkenaan The Apprentices boleh diajukan kpd:


Sya'rani-011-6843874
afiq aziz -011-1018971
zahida-0117489229
nurul syamila -011-3283587

Kita Menanggung

9:27 AM

Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak kepada kebaikan dan melarang dari melakukan kemungkaran.


DIRI TIDAK SEMPURNA?
diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna (dosa pasti kita lakukan), tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. 


Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.


Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)

Dari Ibn Mas'ud r.a :
لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)

Nabi saw menyebut :
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)

SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.


Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.


Nabi saw juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)

JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.


Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
Dan juga ingatan Allah taʿala :
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)

Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini;
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)

Thursday, April 21, 2011

PENGENALAN - The Apps II

12:44 PM



Apa sebenarnya THE APPRENTICES Ni?
Tujuan program ini diadakan sebenarnya untuk mencari mentor-mentor baru, tapi itu bukan tujuan utama program ni, yang paling utama sebenarnya adalah untuk membina keyakinan diri anda dalam berucap, dan juga untuk memberi kepada orang lain serta memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang tanggungjawab menjadi mentor, dan juga bakal mengisi musim cuti anda dengan pengisian-pengisian dan tugasan2..maklumlah cuti kan, dah namanya cuti, apa kata kita isi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah..: )
Oh, jadi semua orang yang masuk ni WAJIB jadi mentor ke?
Nak kata wajib tu tak juga, memang diadakan program ini untuk mencari mentor, tapi sesiapa yang berminat tetapi masih ragu-ragu serta yang nak meningkatkan kemahiran berucap dan bersosial pun masih juga boleh menyertai sebenarnya, dan kalau semasa akhir program, pelajar tersebut masih rasa tak yakin atau masih takut untuk mengambil tanggungjawab ini, tafaddhol untuk menarik diri, insyaAllah akan dipertimbangkan, so kira program ni macam latihan la kepada anda, tak rugi kita mencuba kan?

ok, meh kita hayati 'poem ni'
Blessed is the man, indeed,
Who in this life can find;
A purpose that can fill his days,
And goals to fill his mind!

The world is filled with little men
Content with where they are;
Not knowing joys success can bring,
No will to go that far!

Yet, in this world there is a need,
For men to lead the rest
To rise above the "average" life,
By giving of their best!
Would you be one, who dares to try,
When challenged by the task;
To rise to heights you've never seen,
Or is that too much to ask?

This is your day--a world to win
Great purpose to achieve;
Accept the challenge of your goals
And in yourself, believe! 

You will be proud of what you've done,
When at the close of day;
You look back on your battles won,
Content, you came this way!

Jadi, apakata kita cuba menghadapi cabaran ni, orang kata kalau hidup ni tak pernah ada cabaran pun tak best jugak, sebab melalui cabaranlah sebenarnya diri kita akan lebih berkembang dan maju ke depan,bilamana kita dapat mengatasi satu cabaran itu, bilamana kita memegang tanggungjawab itu, itulah sebenarnya yang membentuk diri kita untuk lebih matang dan Berjaya seterusnya menyediakan diri kita untuk menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar kelak terutamanya apabila sudah bergelar doctor
Jadi, tunggu apa lagi, mari pakat-pakat daftar the apps ni, ;p
tak puas hati? nak tanya lagi..terus direct kepada
ZAHIDA BINTI BAKRI (zda_scar @yahoo.com )
0117489229..
Jzkk..selamat menghadapi exam!!

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments