LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Thursday, December 23, 2010

khomsah wa eishriin??

1:03 PM




25 jam sehari? Teori mana pula ini? 
Jumlah masa dalam sehari masih 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang. Memang benar, 24 jam dalam sehari adalah satu jumlah masa yang terhad padahal banyak lagi kerja yang ingin kita lakukan, tambah-tambah apabila dekat dengan peperiksaan. Impak daripada perangai kita yang belajar di akhir waktu membuatkan kita rasa 24 jam yang diperuntukkan seakan-akan tidak cukup.
Sehari suntuk kita fokus pada buku, jawab soalan itu ini, hafal formula itu ini, bincang itu ini hinggakan tatkala kita diseru untuk ke surau apabila azan dilaungkan, ingin sahaja hati ini berkata, 
“aku nak study ni. Kalau turun surau, paling cepat pun ambil masa 10 minit, kalau aku solat sorang-sorang, 3 minit pun dah settle..So aku jimat 7 minit. 7 minit tu, aku bole gunakan untuk hafal nama drugs or jawab soalan ” tapi kita pendamkan, bimbang benar kalau-kalau kenyataan yang dikeluarkan dipulang balik dengan tazkirah keras.
Nah, 7 minit pun berkira! Baiklah, cuba bayangkan si jimat 7 minit ini ditarik oleh kawannya yang sangat beriman,  turun ke surau bersama-sama. Anda rasa, apakah perasaan si jimat 7 minit ini? Adakah dia akan solat dengan khusyu’? Adakah ketika solat dia mampu untuk tidak berfikir tentang subjek-subjek yang dia masih belum khatam? 
Ya,dia tidak mampu. Pastinya ketika imam membaca surah Al-Imran, dia pula sibuk berfikir drug apa yang buat PPP? Apa ntah nama photochemical pigment tu..? Apa nama nerve kat siku tu? ..... dan bermacam-macam lagi.
Si jimat 7 minit benar-benar  tertekan. Persoalannya, adakah kerana subjek yang banyak dia tertekan atau masa yang tidak cukup membuatkan dia tertekan?
Aku tak kisah sangat kalau banyak subjek tapi masalahnya,mase xcukup nak study sume..Ye la,ade 7 kertas tapi takde study week..Kan best kalo dalam sehari ade 25 jam..At least seminggu sebelum xm tu aq da dapat study 7 jam. Emmm,kalau takley 25 jam,tambah 1 minit pun da ok, jadi 7 minit..Mase skang ni x cukup…” Keluh si jimat 7 minit.
Apakah yang menjadi penyebab pelajar tertekan apabila musim peperiksaan tiba?
Masa?
Mungkin masa lah yang menyebabkan manusia tertekan. 

24 jam yang ada seperti tidak cukup
24 jam tersangatlah singkat. 
Jom kita cuba kira sama-sama apa yang mampu kita buat dalam 24 jam. Katakan kita tidur 5 jam sehari, kita mandi 15 minit, solat berjemaah 10 minit 5 kali sehari, makan 30 minit i, ke university 9 jam dan perjalanan 1 jam. Apabila ditambah semua ini, jumlahnya 11 jam 35 minit dan selebihnya ialah 12 jam 25 minit. Jadi, dengan 12 jam 25 minit itulah kita boleh ulang kaji pelajaran dan bergembira. Tersangatlah suntuk.  ?...
Sebelum anda doa supaya Allah tambahkan masa dalam sehari menjadi 25 jam atau 24 jam 7 minit, cuba fikirkan kenyataan ini; Jika masa itu pemberian Allah, adakah Allah tidak tahu bahawa 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup buat kita? Bukankah Allah maha mengetahui? Bukankah pengetahuan Allah itu, kalau dianalogikan dengan rambut manusia, Allah bukan sahaja tahu warna rambut manusia tetapi bilangannya dan jejari setiap rambut, bukankah pengetahuan Allah sampai ke situ malah lebih? Jadi, adakah Allah tidak tahu bahawa 24 jam memang tidak cukup buat kita?
Wahai kawan, jika 24 jam sehari tidak cukup buat kita, pastinya Allah tidak akan berikannya kepada kita sejak Nabi Adam diciptakan lagi. Tapi apabila Allah berikan itu kepada kita, maknanya itulah yang terbaik buat kita, 24 jam sehari adalah optimum buat kita. 
Wahai kawan, masa bukanlah angka tetapi sesuatu yang bergantung kepada cara pemikiran kita sendiri. Ada 2 orang sedang menonton filem V for Vendetta, seorang yang tidak sukakan politik kata cerita itu agak lama tapi seorang lagi yang sememangnya aktif dengan politik kata cerita itu sangat pendek, malah dia ingin pengarah cerita itu memanjangkan lagi plot cerita tersebut. Lagi, 2 orang pelajar, seorang suka akan matematik dan seorang bencikan pengiraan. Pensyarah matematik pun masuk kelas mengajar mereka selama 2 jam. Bagi yang minat matematik tidak terasa pun 2 jam berlalu tapi bagi mamat yang seorang lagi, fulamak, panjang betul masa matematik tadi.
Kita mampu memanjangkan atau memendekkan masa, semuanya bergantung kepada pemikiran kita. Fikirkan sesuatu yang menarik ketika ditayangkan filem-filem  yang membosankan, mesti masa berlalu tidak terasa. Ketika anda sedang menonton filem Avatar, panggung wayang teramatlah sejuk sehingga anda ingin membuang air kecil,tapi plot filem berada di klimaks, jadi anda tahan niat anda dan ketika itu, masa yang berlalu tersangatlah lama. “Bila nak habis cerita ni..”Monolog seorang penahan air kecil.


Dan ketika Encik Peperiksaan masuk ke dalam rumah anda, masuknya bukan dengan tangan kosong tapi berbekalkan buah-buah tekanan sebagai buah tangan bertandang ke rumah orang. Jika kita mengambilnya sebagai satu masalah, biar 100 jam pun diperuntukkan, pasti ianya tidak mencukupi. Untuk belajar 7 subjek, mustahil. Tapi kalau kita sambut buah tangan itu sebagai hadiah, dengan muka tersenyum, hati yang redha dan perancangan yang terperinci, biar kita ada peperiksaan 100 subjek sekalipun, yakinlah masa bukan lagi masalah kita.
Dalam ‘kepompong’ kacang, sentiasalah berfikiran positif walau dalam apa jua keadaan pun dan jangan sesekali mengeluh. Ingatlah, Rasulullah tidak pernah tertekan menyebarkan Islam walhal kalaulah manusia dibolehkan mengeluh, dialah orang yang paling layak untuk mengeluh. Dia tidak seperti nabi-nabi dan rasul lain yang punya beratus-ratus tahun untuk berdakwah dan itupun hanya untuk 1 kaum. Bayangkan perasaannya ketika menerima tugas seorang Rasul kepada  UMAT MANUSIA, bukan kaum arab sahaja, dan dia harus jayakan misi itu dalam beberapa puluh tahun sahaja. Akhirnya, disebabkan kehebatan mengurus MASA yang berpuluh tahun itu, kini Islam sudah tersebar serata dunia. Jadi tidak hairan jika anda tiada minggu untuk ulangkaji, anda tiada masa untuk membuat latihan, tiada waktu untuk menghafal, tapi anda masih mampu menempa nama di tempat anda sebagai pelajar terbaik kerana MASA bukan lagi halangan.
copy and edited from;
Sesungguhnya, tanggungjawab kita sememangnya melebihi masa yang kita ada. Andai anda merasakan diri anda punya masa lapang yang banyak, paling kembali, adakah ada tanggungjawab anda yang keciciran....? 

Tuesday, December 7, 2010

SALIMUL AQIDAH 1

12:42 PM


Kalimah Tauhid "La ila ha illaLLAH" bermaksud "TIADA Tuhan yg layak disembah MELAINKAN ALLAH"..

Sekurang-kurangnya, 9 kali sehari kita memeperbaharui syahadah kita. Antara sedar, atau tidak...

Andai mahu dibahaskan soal aqidah  ini, terlalu banyak yang perlu kita fahami dan hayati bersesuaian dengan peranannya sebagai akar dalam pohon kehambaan kita kepada Allah swt.

Mungkin sedikit perkongsian, sebagai revision barangkali, mari kita melihat kembali apa yang pernah disebut oleh Sheikh Fathi Yakan yang telah pulang ke rahmatullah pada 13 Jun 2009 yang lalu.

Dalam penulisannya yang bertajuk; 'Apa Erti Saya Menganut Islam', beliau telah menyebutkan beberapa ciri dari sudut aqidah yang sepatutnya ada bagi seorang muslim:

1. Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha 
Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan 
sesiapapun.

Firman Allah s.w.t:  
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya 
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah 
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa 
yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22) 

2. Beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala 
kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.

Firman Allah s.w.t:  
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu 
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan 
kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan 
yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang 
mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

3. Beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul 
dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya 
mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul 
mereka dan ke mana mereka akan kembali dan bahawa Rasul 
terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w 
yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang 
berkekalan. 

Firman Allah s.w.t:  
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang 
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu 
menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima 
seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang 
berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian 
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 
'Azzawajalla.

Firman Allah s.w.t:  
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka 
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki 
sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya 
mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang 
Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang 
Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh 
kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58) 

5. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada 
Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api 
neraka.

Allah menjelaskan:  
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: 
Ayat 7) 


6. Beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan 

kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian 
kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 
'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari 
Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. 

Firman  Allah s.w.t:  
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan 
yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan 
yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya 
hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan 
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: 
Ayat 7-10) 

Dan firman Allah s.w.t; 
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang 
dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38). 

7. Beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah 
hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau 
membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' 
berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas 
yang diizinkan. 

Firman Allah s.w.t:  
 Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua 
perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya 
terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; 
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam 
segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)





8. mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak 
bagi kemuliaanNya. 
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:  
"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. 
Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan 
menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) 


9. berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan 
memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah 
s.a.w:  
"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu 
memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan 
sebenarnya."  
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani 
meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib) 

10. Meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih 
utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan 
dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian 
dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar 
mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.  Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayatayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab 
kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali 
perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini. 

11. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak 
menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah 
dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada 
Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas 
dalam firman Allah s.w.t:  
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang 
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu 
menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36) 




 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments