• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Tuesday, December 7, 2010

SALIMUL AQIDAH 1

Posted by theapprentices on 12:42 PM No comments


Kalimah Tauhid "La ila ha illaLLAH" bermaksud "TIADA Tuhan yg layak disembah MELAINKAN ALLAH"..

Sekurang-kurangnya, 9 kali sehari kita memeperbaharui syahadah kita. Antara sedar, atau tidak...

Andai mahu dibahaskan soal aqidah  ini, terlalu banyak yang perlu kita fahami dan hayati bersesuaian dengan peranannya sebagai akar dalam pohon kehambaan kita kepada Allah swt.

Mungkin sedikit perkongsian, sebagai revision barangkali, mari kita melihat kembali apa yang pernah disebut oleh Sheikh Fathi Yakan yang telah pulang ke rahmatullah pada 13 Jun 2009 yang lalu.

Dalam penulisannya yang bertajuk; 'Apa Erti Saya Menganut Islam', beliau telah menyebutkan beberapa ciri dari sudut aqidah yang sepatutnya ada bagi seorang muslim:

1. Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha 
Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan 
sesiapapun.

Firman Allah s.w.t:  
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya 
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah 
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa 
yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22) 

2. Beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala 
kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.

Firman Allah s.w.t:  
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu 
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan 
kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan 
yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang 
mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

3. Beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul 
dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya 
mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul 
mereka dan ke mana mereka akan kembali dan bahawa Rasul 
terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w 
yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang 
berkekalan. 

Firman Allah s.w.t:  
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang 
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu 
menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima 
seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang 
berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian 
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 
'Azzawajalla.

Firman Allah s.w.t:  
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka 
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki 
sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya 
mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang 
Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang 
Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh 
kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58) 

5. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada 
Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api 
neraka.

Allah menjelaskan:  
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: 
Ayat 7) 


6. Beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan 

kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian 
kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 
'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari 
Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. 

Firman  Allah s.w.t:  
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan 
yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan 
yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya 
hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan 
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: 
Ayat 7-10) 

Dan firman Allah s.w.t; 
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang 
dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38). 

7. Beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah 
hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau 
membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' 
berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas 
yang diizinkan. 

Firman Allah s.w.t:  
 Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua 
perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya 
terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; 
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam 
segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)





8. mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak 
bagi kemuliaanNya. 
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:  
"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. 
Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan 
menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) 


9. berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan 
memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah 
s.a.w:  
"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu 
memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan 
sebenarnya."  
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani 
meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib) 

10. Meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih 
utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan 
dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian 
dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar 
mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.  Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayatayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab 
kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali 
perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini. 

11. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak 
menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah 
dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada 
Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas 
dalam firman Allah s.w.t:  
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang 
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu 
menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36) 




0 comments:

Post a Comment

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments