Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. ”. HR. Muslim
Islam itu sempurna.
Turutilah setiap ajarannya andai anda seorang yang meuju kesempurnaan.
MUSLIM YANG KUAT
Dalam 10 Muwasofat Muslim nukilan Imam Hassan al-Banna, kuat tubuh badan merupakan hal pertama yang diletakan oleh beliau.
ditambah dengan hadis yang dinyatakan di awal tadi, tak perlu lagi berdalih, bahawa mempunyai tubuh badan yang sihat amat penting bagi setiap individu, teruatamanya kita, DAI'E PROFESIONAL (insya allah) ini, yang memikul tanggungjawab dakwah yang besar yang menuntut kerahan tenaga rohani dan jasmani.
SUNNAH
Sedangkan Rasulullah sendiri meninggalkan kita contoh dalam kita membina tubuh badan yang sihat.
كلُّ شيء ليس من ذكر الله فهو لغو ولهو إلا أربع خصال : مشي الرجل بين الغرضين ، وتأديبه فرسه ، وملاعبته أهله ، وتعليم السباحة
“Setiap sesuatu yang bukan zikrullah adalah tidak bermakna dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang melatih kudanya. (3) Bergurau senda seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Rekreasi di luar dan di dalam rumah diangkat oleh Islam menjadi urusan agama. Biar pun tabiat empat perkara itu jauh daripada bayangan manusia tentang apa yang dinamakan sebagai zikrullah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan penegasan bahawa aktiviti-aktiviti itu bukan sia-sia. Ada nilai yang penting di sisi Islam, ada manfaat yang besar kepada umat. Malah kemahiran-kemahiran yang terhasil daripada aktiviti berkenaan menjadi aset yang mesti dipelihara sebagai satu amanah.
TIADA MASA
Sibukkah kita berbanding Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Baginda yang sibuk itu, dalam ketiadaan masa, mengadakannya.
Lumba lari Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam bersama Aisyah radhiyallaahu ‘anha adalah contoh rekreasi yang dibuat semasa sibuk. Baginda dan Aisyah yang bersama di dalam sebuah misi menyuruh para sahabat bergerak dahulu dan membiarkan mereka berdua di belakang. Semasa itulah mereka berdua berprogram!
PENUTUP
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentu berasa sedih jika umatnya dilihat ramai memenuhi klinik Endokrin dan Kardiologi di hospital. Justeru marilah kita bersama-sama berusaha hidup seimbang dan menjadi mukmin yang dikasihi Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Insya allah, sambil berjalan-jalan ke kuliah, sama-sama kita niatkan sebagai usaha kita ke arah tubuh badan yang sihat. Moga ia dikira sebagai ibadah!
0 comments:
Post a Comment