LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Tuesday, September 28, 2010

SK ; 6, 7 & 8

2:54 AM

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Ramadhan telah pun berlalu, Aidilfitri disambut gembira. Mungkinkah diterima lagi menjadi tetamu Ramadhan? Telahkah diterima segala amalan yang dilakukan? Moga Allah melimpahkan kurniaNYA, memanjangkan dan memberkati umur kita hingga bertamu lagi dengan Ramadhan mendatang. InsyaAllah, amin ya Rab.

Da beraya enam sahabat2 sekalian? :) Alhamdulillah, tahniah bagi yang sudah, dan bagi yang belum, tape2 masih berpeluang merasa raya enam insyaAllah.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya".- Riwayat Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Minta maaf sangat2 sahabat2... Rse macam agak lme entry Sk ni bercuti raya.. InsyaAllah, moga cuti pun cuti bermanfaat :)



"06 ASAS KEDATANGAN DAJAL; PERTEMPURAN TENAGA MANUSIA"

'MINDA'           'TUBUH'           'JIWA'

Semuanya berkaitan TENAGA..
Apakah maksudnya??

ATOM, ELEKTRON, PROTON merupakah sumber paling asas yang ada dalam diri kita juga alam sekitar. Ini bermaksud kita dan alam sekitar adalah saling berkait; kita mampu mempengaruhi alam sekitar dan begitu juga sebaliknya dengan bentuk tenaga yang dihasilkan.

Mengapa oktagon dan kubah?? Bukan hanya masjid yang dibina berasaskan struktur ini,ataupun tempat2 ibadat yan lain, tetapi binaan para elit dan binaan kerajaan sekular juga berasaskan oktagon, kubah dan piramid. Mengapa begitu?

Bagaimana pula dengan STARGATE? Stargate adalah lokasi bumi yang disebut 'Vortex Point' iaitu titik pusar yang dipercayai mampu menghasilkan sejumplah tenaga yang besar. Persoalannya, tenaga jenis apa yang dihasilkan dan bertujuan utk apa?

Politik yang dibiayai oleh Freemason akan mendukung ideologic Masonic (sekular).

"Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan."

Dengan terjajahnya pemikiran masyarakat, ahli politik dan tentera Perancis, Freemason dapat bertindak dan memulakan langlah. Amerika pula menjadi target seterusnya dalam usaha melahirkan negara Freemason pertama Dan... NEW WORLD ORDER pun dilahirkan...




"07 ASAS KEDATANGAN DAJAL; FIRAUN MASA KINI"

Sejarah Piramid satu teka teki yang besar?

Lambang yang sama, pakaian yang sama, simbol yang sama, monarki yang sama.. kita diperintah Firaun masa kini?

Apa yang berlaku di Dubai, berlaku jugakah di Malaysia??




"08 BUKTI KEDATANGAN DAJAL; BUKTI GEMPAR TENTANG DAJAL"

Firaun masa kini telah menyebar piramid serta empayarnya ke serata dunia??

Apa yang mereka sembah?

Wallahua'lam

Friday, September 17, 2010

Warkah buat Syabab Islam

8:17 AM

bismillahirrahmanirrahim

Wahai anak muda!!! Adakah kalian masih terlena? Jangan bazirkan masa muda!!

Kita adalah syabab islam!!.

BANGKITLAH!!! Tegakkan agama Allah!!

Belum sedarkah kalian dari mimpi yang panjang?

Sayang,, mata kalian terbuka.. tapi masih terlena..

"Wahai fulan, macam mana engkau hendak bangkitkan islam, engkau bukanlah apa apa sangat" bisikan keji syaitan mula menular dalam hati

Wahai syabab, sumbangkanlah pada agama tuhanmu walaupun sedikit
sudah lupakah engkau kisah “burung pipit” yang membawa air dalam paruhnya demi memadam api yang marak menyala menyelubungi nabi Ibrahim

"Wahai sahabatku, mengapakah engkau bersusah payah mengambil air dalam paruhmu untuk memadam api yang marak itu sedangkan engkau pasti tidak mampu dengan keadaan dirimu yang kecil itu jika dibandingkan dengan api yang besar" tanya sahabat sang pipit.

"Wahai sahabatku, aku sedar aku tidak mampu memadamkan api yang marak itu. Namun, inilah sumbanganku pada nabi Allah. Sekurang kurangnya, aku ada modal bila ditanya tuhanku nanti"

Wahai syabab muslimin yang mempunyai badan dan jiwa yang kental, tidak malukah kalian pada burung pipit.

Adakah kalian ingin menjadi seperti “cicak”, yang sering membuat onar dalam agama Allah.
Cicaklah yang membantu kaum musyrikin ketika nabi kesayangan kita bersembunyi didalam gua Thur
dan cicaklah jua yang sering mengotorkan masjid masjid

Pilihan ditangan kalian.. sang Pipit atau sang cicak??
Analogi yang mudah bagi orang yang berfikir

jadilah pemuda al kahfi yang diceritakan dalam Al quran

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".

(al Kahfi;13-14)

Yakinlah, siapa yang menegakkan agama Allah, Allah pasti memberi kemenangan kepadanya
Suka saya cerita sebuah kisah seorang pemuda yang hatinya bersungguh dalam menegakkan agama Allah..



Kisah ini berlaku pada 4/5/2010,
Dikisahkan,seorang pemuda yang bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi,berumur 21 tahun, pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Mayat arwah dibawa pulang ke rumahnya di Sabak Bernam.

Sebaik sahaja kain kapan di buka kelihatan wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah).
Antaranya dahi berpeluh.Menurut saudara rapatnya, ketika dia cuba mengusap dahi dan muka arwah memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika dia cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah,dia terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Dia menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Demikianlah kisah seorang pemuda yang bersungguh sungguh berkerja di jalan Allah

Ingatlah!! JANJI ALLAH ITU BENAR!!

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”.
(At- Taubah:111)
Dikatakan oleh Zuhair ibn Abi Salma dalam muallaqatnya,
"Lidah seorang pemuda itu setengah harga dirinya. Dan setengah lagi adalah hatinya. Jika tidak ada kedua dua padanya, maka tiada lain hanya segumpal darah dan daging"


Nabi telah bersabda;
"Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda pemuda yang tiada baginya kerosakan moral"
(Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la)


Sedarlah wahai syabab syabab muslimin (termasuk diri penulis khususnya),
Dimanakah kita??


Kalian belum terlambat...
Masih ada peluang untuk kalian untuk menyumbang dalam agama Allah


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan"


(Al Maidah; 35)

TAHNIAH!! Kepada sahabat sahabat yang telah menyahut seruan dengan menyertai………

"The APPRENTICE"
Program yang menyediakan wadah untuk kalian berdakwah
usah difikirkan diri yang kerdil yang tidak cukup ilmu
sampai bila pun tak akan cukup ilmu
kerna ilmu Allah itu terlalu luas
fikirkan sumbangan kita pada islam.

Monday, September 6, 2010

SK - 3,4,5 :)

11:07 AM

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah ~ alhamdulillah ~ alhamdulillah ~

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Surat Ibrahim: 7

“Sekiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu” Surah Ibrahim: 34.

___________________________________________


"ap la entry SK nih, mula 1 video je, pastu 2, pastu 3 sekaligus dia kasi~"

minta maafla ye sahabat2 sekalian, enrty ini terpaksa memecutkan dirinya sebagaimana kalian sedang memecutkan amal masing2. Date line da dekat, takut nanti tak sempat habiskan kesemua 50 video. insyaAllah, tak berat. Allah kan bersama :)



03- ASAS KEDATANGAN DAJAL; KAWALAN MINDA

'Mind Control'

Mind control (also known as brainwashing, coercive persuasion, thought control, or thought reform) refers to a process in which a group or individual "systematically uses unethically manipulative methods to persuade others to conform to the wishes of the manipulator(s), often to the detriment of the person being manipulated". The term has been applied to any tactic, psychological or otherwise, which can be seen as subverting an individual's sense of control over their own thinking, behavior, emotions or decision making.

Sejarah membuktikan bahawa kawalan dan manipulasi pandangan politik menjadi puak utama puak Freemason untuk mengawal negara-negara. Setelah mereka dapat mengawal dan menjajah ketua2 negara, undang2 dan struktur politik akan diubah mengikut kepentingan agenda mereka. Namun, mengikat tubuh tidak bermakna mengikat minda.

Puak Freemason mengetahui bahawa rancangan mereka menuju pemerintahan global sangat bergantung pada penyerapan pemikiran masyarakat ke dalam agenda mereka, sekaligus melenyapkan musuh yang cuba memerangi mereka.

Ancaman paling besar bagi mereka melebihi ancaman tentera dan undang2 ialah ancaman dari minda yang BEBAS. Bagi menghapuskan ancaman ini dan mencapai objektif mereka, Freemason telah menjalankan perancangan yang paling licik; Kawalan menyeluruh atas semua aspek kehidupan manusia. TERMASUK ANDA!

Dan senjata yang mereka gunakan ada di rumah anda, menghiburkan anda dan sekeluarga. Beransur-ansur menjajah anda tanpa disedari...




04- ASAS KEDATANGAN DAJAL; KAWALAN MINDA

Masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa dengan

          "televisyen"                   "wayang gambar"
                        "permainan komputer"
       "internet"         "fiksyen"                                    "muzik"

yang menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Apa salahnya? ap bahayanya??

Ini memberi ruang yang luas untuk informasi yang anda ikuti baik secara sedar atau tidak sedar masuk ke dalam minda anda. Informasi kepada masyarakat bermula daripada

1. Idealisme
2. Moral
3. Perbezaan antara yang benar dan salah
4. Sosial masyarakat dan
5. Ekonomi

sudah diatur di hadapan anda setiap hari.

Media memainkan peranan yang penting dalam menentukan dasar kepada cara seseorang melihat dunia ini dan segala yang wujud. Jadi kelompok yang mengawal informasi yang disalurkan pada media ini akan mempunyai kekuatan secara praktikal untuk menjajah seluruh populasi dunia melalui cara pemikiran mereka. Inilah kenyataan yang dieksploitasi puak Freemasonry.

Ramai yang gagal mengenalpasti mesej tersembunyi dan menjajah yang disebarkan melalui muzik, iklan, filem, kartun dan rancangan-rancangan tv yang lain beransur-ansur dan pastinya selebriti-selebriti turut menyebarkan mesej-mesej ini sama ada mereka sedar atau tidak terlibat dalam manipulasi ini yang mana mereka sendiri menjadi idola untuk diikuti oleh pengikut-pengikut mereka.

Puak Freemason menggunakan industri hiburan khususnya untuk memujuk masyarakat mengikut cara mereka berfikir baik secara TERBUKA mahupun TERSEMBUNYI. Cara yang pelbagai namun mempunyai tujuan yang sama.

Apakah TUJUANNYA?
Untuk menyerap KEPERCAYAAN, IDEOLOGI dan OBJEKTIF mereka ke dalam diri anda secara halus sehingga anda berfikir bahawa mereka sebahagian daripada anda.

Siapa yang memiliki dan menjalankan media di dunia ini??

'ZIONIS'
'LUCIFERIAN (Penyembahan Iblis)'
'YAHUDI'
kebetulankah hanya kelompok ini sahaja yang mengusai semua media?

PERANG PSIKOLOGI? Perang psikologi berasal dari Nazi, Jerman, dan dalam Nazi ada ideologi yang dipanggil 'Weltanschauungskreig' yang bermaksud 'perang pada pandangan dunia'. Idea ini pada pandangan mereka ialah memaksa dunia menyebelahi pandangan Nazi. Amerika mengambil idea ini dan membuat versi Amerika dan memanggilnya Perang Psikologi.

Bagaimana mahu mengawal media yang sedang mengawal kita??




05- ASAS KEDATANGAN DAJAL; SENIBINA DAN TENAGA

Penyaluran tenaga?
Sebenarnya beberapa monumen atau bangunan telah direka khas untuk menyalurkan tenaga tetapi penyaluran tenaga itu tidak akan berlaku selagi tiada aktiviti manusia didalam bangunan itu. Jenis aktiviti atau ritual yang dijalankan didalam bangunan berkenaan mempengaruhi jenis tenaga yang akan disalurkan.

Prinsip tenaga dan bangunan ini boleh digunakan untuk tujuan baik..mahupun jahat.

Di dubai yang terkenal dengan bangunan-bangunan yang unik dan mencakar langit telah menjadi satu tanda tanya kerana ada sesuatu yang tidak kena disana.burj of dubai merupakan bangunan tertinggi didunia dan ia boleh dilihat dari seluruh dubai. Mengapa ia diselubungi kabus?

Apa itu 'Ley Lines'?

'Ley lines are alleged alignments of a number of places of geographical interest, such as ancient monuments and megaliths that are thought by certain adherents to dowsing and New Age beliefs to have spiritual power. Their existence was suggested in 1921 by the amateur archaeologist Alfred Watkins, in his book The Old Straight Track. The believers in ley lines think that the lines and their intersection points resonate a special psychic or mystical energy. Ascribing such characteristics to ley lines has led to the term being classified as pseudoscience.'

Semua bukti ditinggalkan oleh golongan Lucifer(pemuja syaitan) merintis jalan untuk dajal.


wallahua'lam (nantikan episod seterusnya)

Wednesday, September 1, 2010

Satu Kedatangan- 1 & 2

11:07 AM

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ~infiniti~ kesyukuran kita panjatkan sentiasa atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan buat kita sehingga hari ini. Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, yang tanpa perjuangan baginda mungkin tidak kita kecapi dan rasai nikmat iman dan islam.

Bagaimana sahabat2 sekalian? Wah, tampak bersemangat sekali memecutkan amalan masing2 di akhir Ramadhan mulia ini. Alhamdulillah, insyaAllah sama2 kita sasarkan yang terbaik. Bak kate org putih ' Aim for the moon, even so you miss you'll land among the stars '.

Bagaimana dengan pencarian Lailatul Qadar pula? Meriah tiap2 malam gamaknya ya, insyaAllah, alhamdulillah. Tahukah sahabat-sahabat sekalian mengapakah Lailatul Qadar hanya dikurniakan buat ummat Nabi Muhammad s.a.w sahaja? Alhamdulillah, ini adalah salah satu daripada kelebihan2 ummat Nabi Muhammad s.a.w. yang Allah kurniakan. Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan buat kita lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerjakan dan mendapatkan pahala beribadat.

Oleh itu sahabat2 sekalian, andai sebelum ini bulan Ramadhan sinonim buat kita sebagai 'bulan puasa' maka ayuh kita tukar. Jadikan bulan Ramadhan bukan sekadar bulan puasa sebaliknya 'bulan ibadat'. Dimana dalam bulan ini kita bukan sekadar berpuasa tapi meningkatkan juga amal2 ibadah kita yang lain seperti bertadarus al-Quran sehingga khatam, bertahlil, beri'tikaf, bertahajud dan amalan2 lain, insyaAllah. Puasa pun bukan sekadar puasa badaniah sahaja iaitu menahan diri dari lapar dahaga, tapi juga puasa batiniah insyaAllah. Mata kita menahan dari melihat perkara2 yang tidak perlu dan sia2, mulut dan lidah kita hindarkan dari kalam2 tidak bermanfaat dan merugikan diri, telinga kita jauhkan dari mendengarkan perkara yang tidak berfaedah, segala gerak geri anggota kita niatkan moga diterima sebagai ibadah. Sabar kita tingkatkan, silaturrahim kita hubungkan, kemaafan kita pohonkan, yang hak kita tegakkan dan yang batil kita larang dan jauhkan, insyaAllah. (moga yang menulis ini tidak hanya tahu menulis sahaja, amin)

Moga Allah permudahkan buat kita jalan menujuNYA.. insyaAllah, amin ya Rab


habis dengan celoteh Ramadhan (moga ad manfaatnya, amin) teruskan dengan hadaf post yang sebenar.

Sudah terjawabkah persoalan2 INTRO satu kedatangan? Tape, kita sambung menonton. Moga Allah berikan kefahaman, amin.



01 "BUKTI DARI KITAB SUCI AL-QURAN"

20 tahun setelah Jurusalem ditakluk 'Dome of Rock' telah dirampas oleh sekelompk pahlawan rahib yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Satria Kuil Sulaiman atau lebih dikenali sebagai 'Satria Kuil'. Di jurusalem satria kuil mulai menyimpang jauh dari agama mereka. Mereka belajar seni rahsia Kabalah.

Apa itu Kabalah? Ia merupakan sejenis kepercayaan yahudi kuno yang berbentuk sihir beserta ilmu hitam dan upacara penyembahan ritualnya yang dipelajari dari upacara Mesir Kuno semasa zaman perhambaan Firaun kemudian dikembangkan mereka ke Babylonpada waktu pemerintahan Nebukadnezar.
Pada tahun 1307 Raja Philip dari Perancis telah menangkap mereka kerana menolak agama, homoseksual, menyembah berhala dan mempraktikkan sihir.

Namun hal ini tidak memberhentikan mereka. Apa yang dimulai di Babylon dan di Mesir Kuno nyata masih diamalkan sehingga hari ini.

Sebenarnya mereka telah melakukannya selama berabad2. Di sebalik tabir mereka menggerakkan setiap peperangan besar, revolusi dan krisis ekonomi. Mereka mengawal segala apa yang anda baca, dengar dan lihat. Mereka berjaya menjajah minda masyarakat dunia dengan cara pemikiran mereka. Mereka menyelusup masuk dan memiliki kedudukan penting dalam kerajaan, dan dari belakang tabir mereka membuar orde politik baru, orde ekonomi baru dan yang paling menyeramkan AGAMA BARU.

Apakah dia NEW WORLD ORDER??
Apa kaitannya dengan Freemasonry? Protokol Zionis? Iluminati?

Bukti landasan mereka untuk membina dunia baru dan menyambut kedatangan Dajal itu semua berada di sekitar anda! Jumpa?



02 "BUKTI KEDATANGAN DAJAL"

Jumpa?Lihat?

Siapa yang mengawal industri kita?
Ke mana anda belanjakan wang anda dan siapa yang anda biayai?

Benarkah? Kita hidup dalam gengaman zionis?

Hati-hati ke mana anda habiskan wang anda dan siapa yang biayai.

Boikot?!! Pentingkah boikot?
Kenapa perlu boikott? kerana isu Palestin semata atau lebih besar dan penting dari itu?

___________________________________

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahud, dia hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa:

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seksaan Neraka Jahanam, dari seksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah Dajal.

Anatar waktu yang dimustajabkan doa ketika solat selain selepas bacaan al-Fatihah dan ketika sujud ialah saat akhir sebelum habisnya solat iaitu ketika habis membaca tahiyyat dan sebelum memberi salam. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan ummatnya mengamalkan bacaan ini pada waktu tersebut. Maka bersamalah kita amalkan ya. insyaAllah.

wallahua'lam. (nantikan episod seterusnya)

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments