LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Monday, August 30, 2010

Satu Kedatangan- INTRO

6:42 PM

bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah telah sampai pun kita ke fasa terakhir ramadhan, iaitu fasa 'itqun min an-nar'; kebebasan daripada api neraka. Setelah disediakan fasa 'kasih sayang' serta 'keampunan' maka di penghujung Ramadhan yang mulia penuh barakah ini Allah janjikan pula kebebasan daripada api neraka. Jangan pula kita terlalu sibuk dan sayik dengan segala jenis persediaan raya; baju raya berapa pasang, kuih raya berapa jenis, cerita2 raya.. etc.. sehingga akhir Ramadhan berlalu begitu sahaja. Rugilah bagi siapa yang tidak memanfaatkan setiap detik hayatnya melalui bulan sebaik-baik bulan ni.

Selain daripada kebebasan daripada api neraka, Maha Suci Allah dengan sifat pemurah dan pengasihNYA menganugerahkan satu malam yang padanya terdapat pahala dan keberkatan amalan seumpama 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar. Malam yang diselubungi kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan daripada kejahatan dari awal malam sehiggalah terbit fajar. Inilah bonus yang Allah tidak kurniakan pada umat lain selain daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. Maka berbahagialah dan berlumba-lumbalah sahabat2 sekalian mengejar bonus lumayan Allah berikan pada lewat 10 malam Ramadhan ini. Perbanyakkan amalan2 seperti berzikir, bertakbir, bertahlil, berdoa, beriktikaf, bertadarus Al-Quran hingga khatam, beristighfar dan mendirikan Qiamullail. Moga kita sama2 tergolong dalam golongan mereka2 yang beruntung. amin.


da abis berceloteh(moga ada manfaatnya,insyaAllah) baru masuk ke bab sebenar.

Kami pasti sahabat2 sekalian pernah mendengar mengenai video 'Satu Kedatangan' ataupun 'The Arrival' dan kami juga yakin ramai yang sudahpun menontonnya. Bagi yang belum, di sini kami sediakan dan juga insyaAllah kami akan buka ruang untuk sahabat2 sekalian berbincang dan berkongsi ap yang sahabat2 dapat daripada 50 episode video ini. Bagi yang sudahpun menontonnya, anggaplah ini sebagai tazkirah (peringatan) dan kita sama2 kongsikan maklumat2 bru yang telah kita selidik dan perkara2 yang telah kita lakukan sejak habis menonton. Moga ianya membawa kebaikan untuk semua, insyaAllah (amin).




"Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajal. Setiap Nabi yang diutuskan Allah ad mengingatkan kaumnya tentang Dajal. Tapi akan aku terangkan kepada kamu sesuatu yang belum pernah diterangkan Nabi-nabi sebelumku. Kamu patut tahu bahawa Dajal itu cacat sebelah matanya(bermata satu) sedangkan Allah s.w.t tidak cacat." -Sahih Bukhari-

Hampir setiap bangsa sudahpun menjangkakan kedatangannya. Ramai yang gentar, ramai juga yang telah bersedia selama beribu tahun bagi mengalu-alukan kedatangan Dajal. Siapakah mereka? Apakah juga Dajal sebenarnya?

"..Dajal adalah (bagai) seorang pemuda yang ikal rambutnya dengan mata bercahaya, seolah-olah aku menyerupakannya dengan seorang hamba iaitu Abdul Uzza bin Qathan. Siapa sahaja diantara kalian yang menjupainya, maka bacalah pembukaan Surah al-Kahfi, kerana hal itu akan menolongmu dari fitnahnya. Dajal akan muncul diantara Syam dan Iraq dengan membuat kerosakan disana-sini.." -Riwayat Muslim, kitab al-Fitan-

Apakah tanda-tanda hampirnya kedatangannya?

Sejak bermulanya tamadun dunia, asas untuk pemujaan Dajal telah bermula; Babylon, Mesir Purba, Maya(Peru purba) hingga kini.... Apakah bukti-buktinya?

"Allahumma inni a'udzubika min fitnatil masihi dajal"
-ya Allah,aku berlindung kepadaMU dari fitnah al-masih al-dajal-

Doa yang sering kita mohon.. namun, berputih matalah andainya tidak tahu ap yang kita mohonkan perlindungan daripada sebenarnya..

Wallahua'lam (nantikan episode seterusya)

Sunday, August 29, 2010

DF part 2

4:07 AM



Bismillahiwalhamdulillah
Selawat dan salam buat junjungan mulia terus menerus kita titipkan.

Alhamdulillah, sedikit sambungan daripada video pertama. Semoga dapat membenihkan kefahaman kepada yang belum faham, dan menambah kefahaman kepada yang dah dapat faham.

Insya allah, nantikan siri seterusnya....

Friday, August 27, 2010

DF part 1

11:40 PM

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran dipanjatkan atas nikmat iman dan islam. Juga atas segala nikmat yang tak terkira oleh batasan kelemahan sebagai manusia lemah ini.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Insya allah, sebagai sedikit persediaan untuk bakal-bakal pemacu ummah sekalian.
Satu video pencetus minda di kala tekak menjerit kekeringan.






Bagaimana..?
Faham apa yang cuba disampaikan?
Faham - Alhamdulillah
Belum faham - Tidak mengapa. Fikir-fikirkan lagi, dan nantikan video sambungan.

Thursday, August 26, 2010

PENGENALAN

9:38 AM







'THE APPS'


(The Apprentice)



 JUN 2010 - SEPT 2010


Objektif:
  • Memberi & membuka peluang serta menyediakan medan membentuk diri dan membina keyakinan.
  • Melahirkan Generasi Rabbani, mampu membimbing diri dan orang sekeliling.
  • Membantu anda memanfaatkan cuti panjang anda yang bakal mendatang dengan pengisian-pengisian menarik.


"BRING OUT THE GREATEST INSIDE YOU"


Mentor Council,
Unit Pembangunan Insan PCI




 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments