• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Wednesday, September 1, 2010

Satu Kedatangan- 1 & 2

Posted by theapprentices on 11:07 AM No comments

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ~infiniti~ kesyukuran kita panjatkan sentiasa atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan buat kita sehingga hari ini. Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, yang tanpa perjuangan baginda mungkin tidak kita kecapi dan rasai nikmat iman dan islam.

Bagaimana sahabat2 sekalian? Wah, tampak bersemangat sekali memecutkan amalan masing2 di akhir Ramadhan mulia ini. Alhamdulillah, insyaAllah sama2 kita sasarkan yang terbaik. Bak kate org putih ' Aim for the moon, even so you miss you'll land among the stars '.

Bagaimana dengan pencarian Lailatul Qadar pula? Meriah tiap2 malam gamaknya ya, insyaAllah, alhamdulillah. Tahukah sahabat-sahabat sekalian mengapakah Lailatul Qadar hanya dikurniakan buat ummat Nabi Muhammad s.a.w sahaja? Alhamdulillah, ini adalah salah satu daripada kelebihan2 ummat Nabi Muhammad s.a.w. yang Allah kurniakan. Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan buat kita lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerjakan dan mendapatkan pahala beribadat.

Oleh itu sahabat2 sekalian, andai sebelum ini bulan Ramadhan sinonim buat kita sebagai 'bulan puasa' maka ayuh kita tukar. Jadikan bulan Ramadhan bukan sekadar bulan puasa sebaliknya 'bulan ibadat'. Dimana dalam bulan ini kita bukan sekadar berpuasa tapi meningkatkan juga amal2 ibadah kita yang lain seperti bertadarus al-Quran sehingga khatam, bertahlil, beri'tikaf, bertahajud dan amalan2 lain, insyaAllah. Puasa pun bukan sekadar puasa badaniah sahaja iaitu menahan diri dari lapar dahaga, tapi juga puasa batiniah insyaAllah. Mata kita menahan dari melihat perkara2 yang tidak perlu dan sia2, mulut dan lidah kita hindarkan dari kalam2 tidak bermanfaat dan merugikan diri, telinga kita jauhkan dari mendengarkan perkara yang tidak berfaedah, segala gerak geri anggota kita niatkan moga diterima sebagai ibadah. Sabar kita tingkatkan, silaturrahim kita hubungkan, kemaafan kita pohonkan, yang hak kita tegakkan dan yang batil kita larang dan jauhkan, insyaAllah. (moga yang menulis ini tidak hanya tahu menulis sahaja, amin)

Moga Allah permudahkan buat kita jalan menujuNYA.. insyaAllah, amin ya Rab


habis dengan celoteh Ramadhan (moga ad manfaatnya, amin) teruskan dengan hadaf post yang sebenar.

Sudah terjawabkah persoalan2 INTRO satu kedatangan? Tape, kita sambung menonton. Moga Allah berikan kefahaman, amin.



01 "BUKTI DARI KITAB SUCI AL-QURAN"

20 tahun setelah Jurusalem ditakluk 'Dome of Rock' telah dirampas oleh sekelompk pahlawan rahib yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Satria Kuil Sulaiman atau lebih dikenali sebagai 'Satria Kuil'. Di jurusalem satria kuil mulai menyimpang jauh dari agama mereka. Mereka belajar seni rahsia Kabalah.

Apa itu Kabalah? Ia merupakan sejenis kepercayaan yahudi kuno yang berbentuk sihir beserta ilmu hitam dan upacara penyembahan ritualnya yang dipelajari dari upacara Mesir Kuno semasa zaman perhambaan Firaun kemudian dikembangkan mereka ke Babylonpada waktu pemerintahan Nebukadnezar.
Pada tahun 1307 Raja Philip dari Perancis telah menangkap mereka kerana menolak agama, homoseksual, menyembah berhala dan mempraktikkan sihir.

Namun hal ini tidak memberhentikan mereka. Apa yang dimulai di Babylon dan di Mesir Kuno nyata masih diamalkan sehingga hari ini.

Sebenarnya mereka telah melakukannya selama berabad2. Di sebalik tabir mereka menggerakkan setiap peperangan besar, revolusi dan krisis ekonomi. Mereka mengawal segala apa yang anda baca, dengar dan lihat. Mereka berjaya menjajah minda masyarakat dunia dengan cara pemikiran mereka. Mereka menyelusup masuk dan memiliki kedudukan penting dalam kerajaan, dan dari belakang tabir mereka membuar orde politik baru, orde ekonomi baru dan yang paling menyeramkan AGAMA BARU.

Apakah dia NEW WORLD ORDER??
Apa kaitannya dengan Freemasonry? Protokol Zionis? Iluminati?

Bukti landasan mereka untuk membina dunia baru dan menyambut kedatangan Dajal itu semua berada di sekitar anda! Jumpa?



02 "BUKTI KEDATANGAN DAJAL"

Jumpa?Lihat?

Siapa yang mengawal industri kita?
Ke mana anda belanjakan wang anda dan siapa yang anda biayai?

Benarkah? Kita hidup dalam gengaman zionis?

Hati-hati ke mana anda habiskan wang anda dan siapa yang biayai.

Boikot?!! Pentingkah boikot?
Kenapa perlu boikott? kerana isu Palestin semata atau lebih besar dan penting dari itu?

___________________________________

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahud, dia hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa:

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seksaan Neraka Jahanam, dari seksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah Dajal.

Anatar waktu yang dimustajabkan doa ketika solat selain selepas bacaan al-Fatihah dan ketika sujud ialah saat akhir sebelum habisnya solat iaitu ketika habis membaca tahiyyat dan sebelum memberi salam. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan ummatnya mengamalkan bacaan ini pada waktu tersebut. Maka bersamalah kita amalkan ya. insyaAllah.

wallahua'lam. (nantikan episod seterusnya)

0 comments:

Post a Comment

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments