• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Tuesday, February 15, 2011

SK 14 dan 15

Posted by theapprentices on 1:16 AM No comments

bismillahirrahmanirrahim

"Salam Maulidur Rasul buat semua"

kakak A: Adik, adik sayang rasul tak?

B (berusia 7 tahun) : Saaayaaang <3

kakak A: Adik tahu tak Rasul lahir tahun bila?

B: Tahu.. Rasul lahir tahun Gajah :)

kakak A: Pandainya.. <3

14 tahun berlalu....

Sahabat C: Awak sayang Rasul?

B (21 tahun sudah): Mestilah... Siapa tak sayang Rasul.

Sahabat C: Rasul lahir bila ek?

B : Takkan tu pun tak tahu... Tahun Gajah la...

***************

Sayang bukan hanya pada kata
Sayang bukan hanya pada rasa

Sayang itu dari dalam jiwa
terbukti pada amal dan cakna kita
pada Baginda dan perjuangannya...


***************



'14 PENIPUAN HOLLYWOOD'

Hollywood = Holly Wood. Ia merupakan tempat tongkat sakti bagi pengamalan sihir dibuat. Sesiapa yang terkena sihir ini dipercayai akan menyebabkan mangsa tersebut terperangkap dalam ilusi ciptaan pengamal sihir. Bukankah Hollywood juga sama?

Hollywood yang dikenali sebagai mesin mimpi di Amerika Syarikat mampu membuatkan ramai terperangkap dalam dunia fantasi dan mimpi. Mencipta alam fantasi yang tidak wujud dalam kalangan masyarakat awam yang terpedaya dan membuatkan kita menjadi separuh sedar dengan dunia sebenar.

Apabila kita menangis melihat filem-filem yang ditayangkan sebenarnya kita mencipta pengamalan pembuangan yang merupakan salah satu elemen bencana (Aristotle). Cerita-cerita malah berita yang menyiarkan tragedi-tragedi yang menyedihkan kita lantas membuatka kita berkeadaan separuh sedar.

Walaupun dalam masa yang sama banyak juga usaha kebaikan yang sedang dilakukan, tetapi mereka yang mempunyai padangan yang sama mengenai hal ini tidak mahu bekerjasama dalam usaha membawa kebaikan kepada dunia.

Gadis berbaju merah akan sentiasa dicipta oleh pihak Hollywood untuk memastikan kita sentiasa terpedaya dalam mimpi dan fantasi ciptaan mereka.

Mereka suka untuk mengagung-agungkan tuhan mereka. Dalam masa yang sama cuba untuk membuang imej buruk Freemason dan memperdaya penonton supaya menganggap merekalah orang yang baik.

Nampak? Faham?

Ancient + Order + Nobles + Mystics + Shrine = MASON



'15 HOLLYWOOD DAN TANAH YANG DIJANJIKAN'

Apa lagi bidang yang diterajui Hollywood?

Bagi Hollywood, kaum Arab merupakan kaum yang paling ganas dan kasar dan diaggap separuh manusia. Sejak sekian lamanya telah dipaparkan begitu oleh pihak Hollywood. Mitos yang Hollywood cuba wujudkan mengenai orang Arab. Dan fitnah ini menjadi sesuatu yang dapat diterima umum. Masyakat tidak nampak tentang apa yang cuba ditanamkan dalam jiwa mereka.

Akhirnya, apabila orang-orang Arab yang tidak bersalah dibunuh, diseksa dan dicerca masyarakat tidak berasa kasihan malah lebih teruk menganggap ianya perkara yang kecil.

Mengapa sehingga begitu? Kerana yang menguasai Hollywood dan media adalah sebenarnya ZIONIST!!
Apa maknanya menjadi seorang Zionist? Tahukah anda apakah Zion dan dari mana datangnya?

Secara ringkasnya Zion adalah sebuah negara. Ibunegara Zion ialah Jurusalem. Tanah Zion terletak di antara Sungai Nil, Mesir dan Sungai Euphrates, Iraq; Timur Tengah. Siapa yang akan membangkangnya? Jelas sekali orang Arab yang merupakan penduduk tanah tersebut.

Mereka menguasai media dan memaparkan orang Arab sebagai musuh demi mendapat tanah yang dihajati. Masyarakat pula makin terpedaya dengan sihir halus mereka. Nampakkah kaitannya dengan New World Order dan New Middle East yang diperkatakan kerajaan Amerika?

Zion akan ditubuhkan melalui peperangan atauun kata sepakat (consent). Kata sepakat bahawa tanah itu adalah dibawah kawalan Zionist dan pemerintahnya tidak boleh melawan apa-apa arahan yang telah dikeluarkan.

Mesir telah membuat persetujuan dengan Israel pada tahun 1979 di Washington dan pemerintahnya hanya dapat melihat rakyatnya merana kerana cuba untuk mematuhi arahan Zionist.

Jordan membuat persetujuan dengan Zionist pada tahun 1994 dan seperti pemerintah Mesir hanya mampu melihat rakyat Timur Tengah merana kerana mematuhi perintah Zionist.

Keluarga Diraja Arab kekal sebagai rakan terbesar Amerika Syarikat sebagai balasan melindungi takhta kerajaannya

Palestin sejak 1948 tidak pernah mengenal erti keamanan.

Lebanon selama 30 tahun tidak mengenal erti keamanan.

Iraq pada 2003 diceroboh Amerika Syarikat melalui perang kegansan.

Syria dan Iran negara yang membangkang rancagan Zionist dikekalkan dalam senarai 'paksi kejahatan'

"BY WAR OR CONSENSUS" Zionist akan cuba untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Siapakah yang akan dapat mengalahkan ZION dan apa yang dapat kita capai?

bersambung insyaAllah

wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments