LIFE IS A RACE

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya. Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas. -

BERKORBANLAH

Ketahuilah olehmu bahawa utk mencapai kematian yg mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini, maka Allah akan memberikan (syahid) kepadamu, jika sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya - Hassan Al-Banna

SETEGUH MANA IMAN KITA

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhannya-lah mereka bertawakkal.” (Al-Anfaal:2)

REACHING THE GOAL

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. Thomas Jefferson

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Tuesday, February 15, 2011

SK 14 dan 15

1:16 AM

bismillahirrahmanirrahim

"Salam Maulidur Rasul buat semua"

kakak A: Adik, adik sayang rasul tak?

B (berusia 7 tahun) : Saaayaaang <3

kakak A: Adik tahu tak Rasul lahir tahun bila?

B: Tahu.. Rasul lahir tahun Gajah :)

kakak A: Pandainya.. <3

14 tahun berlalu....

Sahabat C: Awak sayang Rasul?

B (21 tahun sudah): Mestilah... Siapa tak sayang Rasul.

Sahabat C: Rasul lahir bila ek?

B : Takkan tu pun tak tahu... Tahun Gajah la...

***************

Sayang bukan hanya pada kata
Sayang bukan hanya pada rasa

Sayang itu dari dalam jiwa
terbukti pada amal dan cakna kita
pada Baginda dan perjuangannya...


***************



'14 PENIPUAN HOLLYWOOD'

Hollywood = Holly Wood. Ia merupakan tempat tongkat sakti bagi pengamalan sihir dibuat. Sesiapa yang terkena sihir ini dipercayai akan menyebabkan mangsa tersebut terperangkap dalam ilusi ciptaan pengamal sihir. Bukankah Hollywood juga sama?

Hollywood yang dikenali sebagai mesin mimpi di Amerika Syarikat mampu membuatkan ramai terperangkap dalam dunia fantasi dan mimpi. Mencipta alam fantasi yang tidak wujud dalam kalangan masyarakat awam yang terpedaya dan membuatkan kita menjadi separuh sedar dengan dunia sebenar.

Apabila kita menangis melihat filem-filem yang ditayangkan sebenarnya kita mencipta pengamalan pembuangan yang merupakan salah satu elemen bencana (Aristotle). Cerita-cerita malah berita yang menyiarkan tragedi-tragedi yang menyedihkan kita lantas membuatka kita berkeadaan separuh sedar.

Walaupun dalam masa yang sama banyak juga usaha kebaikan yang sedang dilakukan, tetapi mereka yang mempunyai padangan yang sama mengenai hal ini tidak mahu bekerjasama dalam usaha membawa kebaikan kepada dunia.

Gadis berbaju merah akan sentiasa dicipta oleh pihak Hollywood untuk memastikan kita sentiasa terpedaya dalam mimpi dan fantasi ciptaan mereka.

Mereka suka untuk mengagung-agungkan tuhan mereka. Dalam masa yang sama cuba untuk membuang imej buruk Freemason dan memperdaya penonton supaya menganggap merekalah orang yang baik.

Nampak? Faham?

Ancient + Order + Nobles + Mystics + Shrine = MASON



'15 HOLLYWOOD DAN TANAH YANG DIJANJIKAN'

Apa lagi bidang yang diterajui Hollywood?

Bagi Hollywood, kaum Arab merupakan kaum yang paling ganas dan kasar dan diaggap separuh manusia. Sejak sekian lamanya telah dipaparkan begitu oleh pihak Hollywood. Mitos yang Hollywood cuba wujudkan mengenai orang Arab. Dan fitnah ini menjadi sesuatu yang dapat diterima umum. Masyakat tidak nampak tentang apa yang cuba ditanamkan dalam jiwa mereka.

Akhirnya, apabila orang-orang Arab yang tidak bersalah dibunuh, diseksa dan dicerca masyarakat tidak berasa kasihan malah lebih teruk menganggap ianya perkara yang kecil.

Mengapa sehingga begitu? Kerana yang menguasai Hollywood dan media adalah sebenarnya ZIONIST!!
Apa maknanya menjadi seorang Zionist? Tahukah anda apakah Zion dan dari mana datangnya?

Secara ringkasnya Zion adalah sebuah negara. Ibunegara Zion ialah Jurusalem. Tanah Zion terletak di antara Sungai Nil, Mesir dan Sungai Euphrates, Iraq; Timur Tengah. Siapa yang akan membangkangnya? Jelas sekali orang Arab yang merupakan penduduk tanah tersebut.

Mereka menguasai media dan memaparkan orang Arab sebagai musuh demi mendapat tanah yang dihajati. Masyarakat pula makin terpedaya dengan sihir halus mereka. Nampakkah kaitannya dengan New World Order dan New Middle East yang diperkatakan kerajaan Amerika?

Zion akan ditubuhkan melalui peperangan atauun kata sepakat (consent). Kata sepakat bahawa tanah itu adalah dibawah kawalan Zionist dan pemerintahnya tidak boleh melawan apa-apa arahan yang telah dikeluarkan.

Mesir telah membuat persetujuan dengan Israel pada tahun 1979 di Washington dan pemerintahnya hanya dapat melihat rakyatnya merana kerana cuba untuk mematuhi arahan Zionist.

Jordan membuat persetujuan dengan Zionist pada tahun 1994 dan seperti pemerintah Mesir hanya mampu melihat rakyat Timur Tengah merana kerana mematuhi perintah Zionist.

Keluarga Diraja Arab kekal sebagai rakan terbesar Amerika Syarikat sebagai balasan melindungi takhta kerajaannya

Palestin sejak 1948 tidak pernah mengenal erti keamanan.

Lebanon selama 30 tahun tidak mengenal erti keamanan.

Iraq pada 2003 diceroboh Amerika Syarikat melalui perang kegansan.

Syria dan Iran negara yang membangkang rancagan Zionist dikekalkan dalam senarai 'paksi kejahatan'

"BY WAR OR CONSENSUS" Zionist akan cuba untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Siapakah yang akan dapat mengalahkan ZION dan apa yang dapat kita capai?

bersambung insyaAllah

wallahua'lam

Sunday, February 13, 2011

SK 12 dan 13

5:11 PM

bismillahirrahmanirrahim

Menjejaki keadaan dunia dan seisinya yang sebenar, kerana sudah terlalu lama.. terlalu lama.. dibiarkan diri hidup dalam penipuan. Membuat tidak endah sedangkan perlu untuk tahu. Menyangka bahawa bukan dirilah yang dipertanggungjawabkan untuk tahu. Sedang kebenaran terpampang untuk dihiraukan jiwa yang sungguh mahukan kebenaran.

Hayati apa yang mahu disampaikan The Arrival/ Satu Kedatangan. Cari jawapan yang datang menerjah ke minda. Kalau tak jumpa kita boleh sama-sama cari. Two minds usually works better than one...


'10 ASAS KEDATANGAN DAJAL;
SINARILAH KEGELAPAN'

Mata satu = berhala matahari 'Ra' (sunray) yang disembah puak Freemason.
Madonna pun terlibat? Mengamalkan sihir kabalah yang menyerupai elemen penyembahan berhala Hindu . Ini mitos yang digunapakai menerusi pelbagai tamadun sudah. Madonna bukan hanya sekadar terlibat tetapi telah menjadi peneraju artis Illuminati (sekutu Freemason).

Tetapi ini tidak bermaksud semua artis dibawah industri yang sama juga berkongsi agenda. Mereka juga ditipu sebenarnya. Mereka diperalatkan oleh puak Illuminati untuk menyampaikan lagu dan lirik yang bukan ditulis oleh mereka sendiri. Walaubagaimanapun, mereka ditipu atau tidak, hakikatnya kita yang mendengar tetap tertipu dan menjajah minda kita berkenaan gaya masa kini. Dendangan muzik membangkitkan syaitan..


Maka artis-artis yang tak mahu mendengar kata, mereka hancurkan dengan pelbagai cara. Micheal Jackson dituduh meliwat kanak-kanak dan akhirnya terbunuh setelah memeluk Islam.

"Orang-orang yang ingin memburukkan keadaan dunia ini tidak pernah berhenti walau sehari. Bagaimana sdaya boleh berehat?" -Bob Marley

Puak Illuminati dan Freemason yang menguasai dunia muzik kini tidak mahu lagu-lagu yang menaikkan semangat mendominasi industri dan menyentuh keperluan masyarakat. Sebaliknya mereka hanya mahu artis menyampaikan dakyah mereka dan mempengaruhi minda masyarakat dan mereka hanya mahu kita tertipu dan terus tertipu..



'13 ASAS KEDATANGAN DAJAL; GADIS BERBAJU MERAH'

Mahukan bukti? Menerusi video ini disaksikan buktinya..

"Freemason hampir kesemuanya berpandukan pada kabalah (sihir Yahudi)" -Albert Pike. Dan kenyataan ini telah diperakui oleh pihak Yahudi sendiri.

Madonna pula telah terjerumus kerana mahukan keajaiban, berada di atas kerana menyembah Iblis. Ciuman yang dipertontonkan merupakan ritual Kabalah yang berasaskan Tantra (seksual).

Britney, Christina dan ramai lagi!

Ada apa  pada baju merah?

'Lady in Red'; sentiasa berpakaian merah dan berambut merah menyala yang disangka melambangkan gaya hidup yang menarik hanyalah tipudaya semata. Dia hanyalah fantasi untuk lari dari kenyataan dunia, lari dari tanggungjawab dari kebenaran. Menjadi umpan Iblis dan melambangkan nafsu untuk seks, duit dan kemasyhuran. Kehidupan dunia yang dipilih bukan kebahagiaan akhirat dan akhirnya dikuasai Iblis.

Benar, hidup penuh dugaan.. dan bukannya mudah.

bersambung insyaAllah..

 
  • Blogroll

  • Consectetuer

  • Popular

  • Comments